salam u all :)
moga2
4th april ni jadi hari yg bahagia wt smua..
bercakap ttg bahagia, terdetik lak hati nk tulis entry ttg
jodoh.. jodoh ni, sama ada cpat atau lmbat, semua tu takdir ALLAH.. ni bell nk
kongsi sket ttg tanda2 si dia yg kita knal tu adalah jodoh kita..
bell dpt ni dr blog Pakar Cinta
1.
Gunakan Seluruh Pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha
Esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk
kita?
Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk
melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan
rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama
dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara
keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan
saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah
insan yang ditakdirkan untuk bersama.
2. Bersahaja
Kekasih
kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia
berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia
spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang
berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesanyang dia sedang berlakon. Tetapi,
apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup
kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
3. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan
bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang
kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan
kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila
berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasaingin berjumpa dengannya. Tidak kira
siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil
peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita
yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang
penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahuyang kita pernah mempunyai
kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah
miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan
rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi
hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran
bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia
menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik
kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu
hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku
curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita.
Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaanyang sejati.
Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
6. Percaya Mempercayai
Setiap
orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya
dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih,
adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat
saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani
mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada
kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa
pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah
melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh
kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam
jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup
ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada
perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu
pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan
dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita
dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita
senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita
pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri
pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia
menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di
kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita
sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata
orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini
juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka
dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan
hidup kita.
9. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang
mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan
tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu
menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui
kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan
keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi
dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia
saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan
kita hidup bersamanya.
10. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria
keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan
deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan
dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi
dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.
Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan
buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
0 comments:
Catat Ulasan