CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 10 Februari 2012

Ciri2 calon suami yg soleh :)

Salam all... and gd evening my little blog...

singgah sbentar utk mng"update" blog ni.. hahaha... this whole day, i've got no class to attend.. class cancel as all the lecturer have event.. so.., whole day holiday! weeeeeeeee~ penat seharian duk umah x wt pe2... bosan la yg teramat sgt.. huh! 

smbil2 nk ilang bosan ni, meh nk share serba sdikit mende yg aku ase bgus utk kaum2 wanita luar sne tu yg masih single dan mncari2 bakal suami.... sme la aku pn duk mencari jgak... hehhehe... jom kte bce guideline2 ciri2 lelaki yg boleh jd calon suami yg soleh.. :)


Sebenarnya seorang lelaki yang baik adalah terletak pada agamanya.

Berikut disenaraikan di antara 10 sifat calon suami yang baik:
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



Wanita bijaklah memilih lelaki sebagi pendamping hidupmu. Lihatlah pada sikap dan sifat-sifat terpuji yang ada pada mereka. Andai ada di antara lelaki yang kamu kenali mempunyai sifat-sifat terpuji di atas jadikanlah mereka sebagai pendamping hidup kamu. Berdoalah agar diberikan jodoh yang baik dan soleh walaupun seperti agak payah untuk menemui lelaki sedemikian pada zaman ini tapi insya ALLAH dengan doa dan izin ALLAH pasti menemuinya. Walahualam…

0 comments: